Tabiat Susah Nak Percaya

Salam..
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita semua untuk tidak percaya selagi tak terjadi pada diri kita sendiri. Itu merupakan satu tabiat bagi kita semua. Kita lebih suka kepada tabiat tunggu dan lihat. Tabiat ini memang susah nak diubah dari dulu sampai sekarang masih belum berubah. Ini merupakan satu kelemahan yang sangat-sangat ketara. Menurut kajian yang telah dibuat perkara yang paling susah untuk diubah pada manusia ini ialah tabiat.
Bila kita berkongsi sesuatu yang baik mereka mula bertanya dalam hati “Betul ker ne” , “Boleh percaya ker ne”. Penyakit was-was menebal dalam hati. Saya tak nafikan memang saya pun macam tu juga setahun yang lepas. “Siapa saya pada masa dulu itu keputusan saya yang lepas-lepas, tetapi siapa saya pada masa akan datang itu keputusan saya pada masa kini” berbekalkan kepada kata-kata itu saya cuba berubah. Saya telah buat keputusan untuk bergiat dalam dunia perniagaan Alpha Lipid ini. Dan saya tidak menyesal kerana kini saya telah dapat mengubah diri saya.
Pengorbanan saya 5 bulan yang lalu telah berbaloi. Walaupun saya hanya menjadikan perniagaan ini sebagai part time. Memang pada mulanya sukar saya nak percaya perniagaan ini boleh membantu saya menjana pendapatan tambahan. Tetapi kini semuanya telah nyata. Bukan saya nak berbangga dengan anda semua, kerana pendapatan saya bukannya banyak sangat. Tetapi saya bersyukur dengan apa yang dapat pada masa kini.
Tetapi apa yang paling saya sedih melihat sesetengah orang masih tidak mampu untuk berkorban. Mereka lebih rela untuk tunggu dan lihat. Sekarang siapa lagi yang mahu menunggu anda. Kita semua sedang berada dalam perlumbaan untuk mencapai kebebasan kewangan. Mungkin tidak semua yang macam tu, dan saya juga yakin tuan-tuan juga tidak tergolong dalam kumpulan ini. Mungkin setelah melihat kejayaan kita semua, timbul rasa cemburu dan iri hati. Ini secara tidak langsung boleh merosakkan hati dan jiwa. Kerana orang yang cemburu tidak akan senang selagi tidak melihat kehancuran orang lain.
Tabiat ini harus dibuang, kita mesti bersaing dalam mengejar kebebasan kewangan untuk masa depan. Apa kenderaan saya? Alpha Lipid itu lah kenderaan saya menuju kepada kebebasan kewangan. Anda apa lagi? Masih nak tunggu dan lihat?
Sedarlah semua “Tiada siapa yang boleh mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri”

Sila contact saya ==> consultant yang aktif alpha Lipid 013-3925382

alpha

Kejayaan tidak datang bergolek…. kejayaan memerlukan kunci….. apakah kuncinya?
Tepuk dada tanya selera ………. Adios

Success_

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: